Monday, April 13, 2026

Thursday, April 9, 2026

 

Tafsir Surah Fatihah Ayat 2 [Bahagian 2] (Maksud Rabb)

رَبِّ

(Dialah) pencipta, pemilik, pengurus, pentadbir segala-galanya;

Makna Rabb bukan hanya bermaksud ‘Tuhan’. Kalau kita hanya faham setakat bermaksud ‘Tuhan’ sahaja, maka kita tidak mendapat pemahaman yang mendalam tentang maksud ‘rabb’ itu.

Antara beberapa makna yang boleh diambil daripada makna ‘rabb’ itu:

    1. Maalik – Pemilik
    2. Sayyed – yang mengurus
    3. Murabbi – yang menjaga
    4. Mul’im – yang memberi pemberian
    5. Qayyim – yang menyebabkan semua itu berdiri. Kalau tanpa Allah ‎ﷻ yang menyebabkan semua perkara berdiri, maka alam ini tiada.

Semua yang di atas adalah maksud yang sekunder, makna yang utama adalah ‘Tuan’. Allah ‎ﷻ adalah ‘tuan’ kepada alam ini. Tuan yang sebenar-sebenarnya tuan. Lihatlah bagaimana Allah ‎ﷻ tidak hanya meletakkan nama-Nya – Allah – sahaja, tetapi Dia telah menambah dengan menerangkan apakah hubungan antara kita dan Dia. Dia adalah Rabb dan kita adalah hamba-Nya.

Tahukah anda apakah ringkasan keseluruhan Al-Qur’an ini? Keseluruhan Al-Qur’an 30 juzuk ini kalau diringkaskan pengajaran pentingnya adalah ringkas sahaja: Allah ‎ﷻ adalah Rabb dan kita adalah hamba-Nya. Yang selain daripada itu adalah hal sekunder. Apa yang disampaikan dalam ayat-ayat lain membawa maksud yang Allah ‎ﷻ itu adalah Rabb dan kita ini adalah hamba-Nya.

Apakah maksud ‘tuan’? Seseorang yang memiliki sesuatu, boleh berbuat apa sahaja dengan barang itu. Sebagai contoh, kalau kita mempunyai sebuah telefon, kita boleh berbuat apa sahaja yang kita suka dengan telefon itu. Sebab telefon itu adalah harta kita dan kita adalah tuannya. Kalau telefon itu sudah tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya, tentulah kita akan buang telefon itu, bukan?

Maka, sebagai pemilik kita, bukankah Allah ‎ﷻ boleh berbuat sekehendak-Nya dengan kita? Apakah yang akan terjadi dengan kita nanti jika kita tidak berbuat seperti apa yang Dia suruh kita buat? Bagaimana kalau kita tidak patuh kepada arahan-Nya? Allah ‎ﷻ boleh sahaja memberikan azab kepada kita dan memasukkan kita ke dalam neraka. Itu adalah hak-Nya sebagai tuan kita. Kita tidak ada hak untuk mempersoalkan tindakan Allah ‎ﷻ.

Bagaimanapun, sifat Allah ‎ﷻ sebagai tuan tidak sama dengan tuan-tuan yang lain. Kalau seorang hamba dengan tuannya, tidak semestinya hamba itu sayang kepada tuannya. Namun kita lain pula – kita sayang dan cinta kepada Allah ‎ﷻ, Tuan kita. Begitulah yang sepatutnya.

Hamba kepada tuan yang lain, tidak memuji tuannya itu, tetapi kita sentiasa memuji Allah ‎ﷻ sebagai tuan kita kerana Allah ‎ﷻ tidak sama dengan tuan-tuan yang lain. Allah ‎ﷻ sentiasa memberi dan tetap memberi dan memberi.

Seorang tuan memiliki seorang hamba dengan sepenuhnya. Bukan seperti pekerja kita. Kalau pekerja kita, kita hanya boleh suruh dia buat kerja dalam waktu pejabat sahaja. Buat kerja pun hanya dalam perkara yang dia sepatutnya buat sahaja. Kalau dia akauntan, kita tidak boleh menyuruhnya menyapu sampah, bukan? Namun kalau seseorang itu hamba, dia sentiasa berkhidmat dengan tuannya setiap masa dan dalam setiap pekerjaan yang disuruh.

Seorang hamba, tanpa kehadiran tuannya, mungkin dia akan mengelat dan membuat perkara lain – perkara yang tuannya tidak suruh. Maknanya, dia sudah menyimpang daripada menjadi hamba tuannya itu. Begitu jugalah kita, kalau kita lupa kepada Allah ‎ﷻ, tidak rasa Allah ‎ﷻ melihat kita, kita akan membuat perkara-perkara yang menyimpang daripada agama. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa ingat kepada Allah ‎ﷻ. Ingatlah bahawa Allah  ‎ﷻ sentiasa memerhati kita.

Allah ‎ﷻ berkuasa sepenuhnya ke atas kita. Kalau kita memiliki sesuatu harta, tidak semestinya kita boleh berbuat sesuka hati kita dengan harta itu. Sebagai contoh, rumah kita. Kita tidak boleh mengubahsuai rumah kita dengan sewenang-wenangnya, tanpa mendapatkan permit daripada Dewan Bandaraya terlebih dahulu. Namun tidak begitu dengan Allah ‎ﷻ.

Kalau kita mempunyai harta, tidak semestinya kita menjaganya. Sebagai contoh, kalau kita mempunyai rumah, kita tidaklah menjaganya sentiasa. Kita biarkan sahaja selalunya. Tidaklah kita duduk di rumah itu membersihkannya sentiasa. Rumah itu pun tidak memerlukan kita berbuat begitu. Allah ‎ﷻ bukan sahaja memiliki kita, tetapi Dia juga menjaga kita sepenuhnya.

Setelah Allah ‎ﷻ menciptakan segalanya, Dia juga akan  menguruskannya. Untuk kita memahami maksud ini, katakanlah kita menangkap seekor burung dan meletakkannya di dalam sangkar. Tentulah kita yang harus memelihara dan memberi burung itu makan sebab ia sudah tidak boleh mencari makannya sendiri. Itu baru sahaja menjadi ‘milik’ sahaja, bukan pun kita yang menciptanya, maka sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memberinya makan untuk ia terus hidup. Oleh kerana Allah ‎ﷻ yang menciptakan manusia, sudah tentu Dia juga yang akan menjaga dan memberi kita makan.

Bukan itu sahaja, Allah ‎ﷻ telah menjadikan dunia ini untuk kemudahan kita. Dia menciptakan gunung-ganang, sungai, dan sebagainya untuk kita. Tidak terkira banyaknya nikmat yang telah Dia berikan kepada kita. Tidak pernah Dia tanya kita adakah cukup apa yang telah diberikan kepada kita kerana Dia tahu apa yang kita perlukan dalam kehidupan kita dan Dia telah memberikan segalanya. Allah ‎ﷻ tidak perlu bertanya, kerana Allah ‎ﷻ tahu apa yang kita perlukan.

Ciptaan Allah ‎ﷻ itu tidak meniru daripada sesuatu ciptaan lain. Tidaklah sama dengan ciptaan manusia. Jika kita ingin mencipta sesuatu, kita memerlukan contoh. Penciptaan Allah ‎ﷻ tidak memerlukan contoh apa pun. Allah ‎ﷻ membuat sesuatu daripada tidak ada kepada ada. Kita tidak begitu. Katakanlah, jika kita ingin merekacipta sebuah kereta yang baru, kita memerlukan besi, getah, aluminium dan sebagainya yang telah siap ada di dalam alam ini. Kita pun reka kereta berpandukan prototaip kereta yang mula-mula dibuat oleh Karl Benz (pencipta kereta pertama di dunia) dahulu.

Kita sentiasa meminta kepada Allah ‎ﷻ dengan cara berdoa atau tidak. Kita memerlukan Allah ‎ﷻ dalam segenap hal. Begitulah seorang hamba dengan tuannya yang memerlukan sesuatu keperluan dengan tuannya. Namun kalau kita selalu meminta, tentulah tuan itu pun tidak suka. Namun berbeza dengan Allah ‎ﷻ – malah Allah ‎ﷻ lebih suka kalau kita sentiasa meminta kepada-Nya kerana itu menunjukkan kita berharap kepada-Nya. Allah ‎ﷻ amat suka kita bergantung kepada-Nya.

Jika Allah ‎ﷻ memberikan sesuatu kepada kita, tidaklah Dia memerlukan balasan daripada kita. Sebagai contoh, jika seseorang memberi bantuan atau memberikan hadiah kepada kita, sedikit sebanyak tentu dia mempunyai pengharapan terhadap kita. Sekurang-kurangnya, mungkin dia mengharapkan supaya kita berbaik dengannya, melayannya dengan baik dan sebagainya. Namun tidak dengan Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh memberikan apa sahaja tanpa mengharapkan apa-apa pun daripada kita.

Dalam Allah ‎ﷻ memberi, Dia akan memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita minta sesuatu yang tidak sesuai dengan kita, maka Allah ‎ﷻ akan berikan perkara lain yang lebih baik untuk kita kerana Allah ‎ﷻ amat mengenali diri kita, lebih daripada kita mengenali diri kita sendiri. Sebelum kita minta pun Allah ‎ﷻ sudah mengetahui apa yang kita perlukan.

Dia tidak berkongsi dengan sesiapa dalam menguruskan alam ini. Dia bersendirian sahaja menguruskan segalanya. Tidak langsung memerlukan sesiapa jua pun (termasuk para malaikat). Tidak mungkin Dia mempunyai sekutu dalam urusan kerajaan-Nya. Hakikat ini terdapat di dalam ayat Isra’: 111

وَقُلِ الحَمدُ ِللهِ الَّذي لَم يَتَّخِذ وَلَدًا وَلَم يَكُن لَهُ شَريكٌ فِي المُلكِ وَلَم يَكُن لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرهُ تَكبيرًا
Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!”

Dari dahulu sehingga sekarang dan di masa hadapan, Allah ‎ﷻ tidak akan mengambil anak angkat. Maksud ‘anak angkat’ adalah sesuatu entiti yang rapat dengan Allah ‎ﷻ maka ramai yang sangka kalau kita meminta dengan ‘anak angkat’ itu, dia akan menyampaikan permintaan kita itu kepada Allah ‎ﷻ. Itu adalah satu pemahaman yang salah.

Yang sebenarnya, tidak ada perantaraan dalam berdoa kepada Allah ‎ﷻ atau apa yang dinamakan ‘tawassul’ dalam berdoa kepada-Nya. Inilah salah faham yang telah dilakukan oleh orang Kristian. Mereka meminta tolong kepada Nabi Isa عليه السلام, kerana mereka beranggapan Nabi Isa عليه السلام adalah ‘anak Tuhan’.

Walaupun ada dalam kalangan kita tidak berdoa kepada Nabi Isa عليه السلام seperti orang Kristian, tetapi ada juga menggunakan perantaraan yang lain. Sebagai contoh, ramai antara orang Islam yang apabila berdoa akan berkata: “Dengan berkat Nabi Muhammad”, dan berbagai-bagai lagi contoh tawassul yang mereka gunakan. Maka, kalau kita berbuat begitu, kita sama sahaja seperti orang beragama Kristian.

Allah ‎ﷻ tidaklah memerlukan sesiapa untuk mencipta dan menguruskan alam ini. Tidaklah tatkala Dia hendak menciptakan Nabi Adam عليه السلام, Dia bertanyakan pendapat Jibril عليه السلام terlebih dahulu, “Elok tak Aku nak cipta Nabi Adam?”. Allah ‎ﷻ tidak perlu meminta izin untuk berbuat sesuatu terhadap Nabi Muhammad ﷺ. Apa yang Dia hendak buat, Dia akan buat sahaja.

Di samping itu juga, tidaklah Allah ‎ﷻ meminta pertolongan kepada sesiapa untuk berbuat sesuatu. Contohnya, Dia berkongsi bahagian dengan entiti lain dalam menciptakan sesuatu. Tidak sama sekali. Semuanya telah dicipta dan dibuat oleh Allah ‎ﷻ.

Tidaklah juga Allah ‎ﷻ itu ada walau sedikit pun kelemahan sehinggakan Dia memerlukan pertolongan daripada sesiapa. Tidaklah sama seperti kita yang memerlukan pertolongan daripada orang lain dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kebiasaannya kita tidak akan mampu melakukan bersendirian. Ini kerana kita adalah makhluk yang lemah, kita memerlukan bantuan. Allah ‎ﷻ tidak begitu.

Maka, Allah ‎ﷻlah Maha Pencipta. Analoginya begini, kita selalu mendengar negara ini adalah pencipta kereta Proton Saga tetapi komponen-komponen kereta itu ada yang kita ambil dari Korea, Jepun, China dan sebagainya.

Namun Allah ‎ﷻ tidak begitu cara penciptaan-Nya. Bahan mentah untuk buat sesuatu itu pun Allah ‎ﷻ juga yang ciptakan. Semua sekali Dia yang cipta. Selepas Dia mencipta makhluk, bahan makanan untuk ciptaan-Nya pun Dia yang berikan. Setelah Dia memberikan bahan untuk melangsungkan kehidupan itu, tidaklah Dia tanya kembali adakah cukup atau tidak. Sebab Dia Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh makhluk-Nya.

Dia langsung tidak memerlukan apa-apa pun daripada kita. Walaupun ibadat kita, Allah ‎ﷻ tidak perlukannya. Namun Dia hendak kita beribadat kepada-Nya. Dalam kehidupan kita ini, banyak masa yang kita gunakan adalah untuk hidup. Mungkin kita hanya mengambil masa selama sejam sahaja dalam kehidupan seharian kita untuk beribadat khusus kepada Allah ‎ﷻ.

Selebihnya kita gunakan masa yang diberikan untuk menjalani kehidupan biasa. Maka, tidaklah banyak masa kita beribadat kepada Allah ‎ﷻ. Namun Allah ‎ﷻ yang Maha Kaya dan Maha Pengampun, di akhir hayat kita, Dia akan hanya mengambil kira sama ada kita beriman ataupun tidak. Ada empat jenis manusia di dunia ini:

Golongan pertama adalah orang yang lahir dalam Islam dan kekal sampai mati dalam Islam. Dia akan masuk ke dalam syurga.

Golongan kedua, lahir dalam Islam, hidup cara Islam, tetapi mati dalam kafir. Dia ahli neraka.

Golongan ketiga, lahir dalam kafir, cara hidup kafir, mati pun dalam kafir juga. Dia akan kekal dalam neraka.

Golongan keempat adalah yang lahir dalam kafir, hidup cara kafir, tetapi di hujung hayatnya, dia mati dalam Islam. Dia kekal hidup dalam syurga.

Ini menunjukkan Allah ‎ﷻ mengira ‎penghujung hayat manusia itu. Adakah dia mati dalam Islam, atau dia mati dalam kafir?

Allah ‎ﷻ boleh memberikan hidayah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Alhamdulillah kita sudah dilahirkan dalam Islam. Namun, pernahkah kita tanya kepada saudara muallaf kita, kenapakah mereka memeluk Islam? Ada yang berkata yang mereka memeluk Islam kerana mereka tertarik dengan Islam.

Ada pelbagai sebab yang membuatkan mereka tertarik terhadap Islam. Ada yang tertarik kerana mendengar laungan azan. Ada yang tertarik melihat orang Islam solat berjama’ah. Ada yang memeluk Islam hanya kerana pergaulan baik mereka dengan orang Islam.

Ada yang mendengar benda yang tidak elok tentang Islam dan kerana mereka hendak tahu tentang Islam, mereka membuat kajian mengenai Islam. Akhirnya mereka tahu apa itu Islam dan akhirnya mereka memeluk Islam juga. Itulah yang terjadi selepas kejadian 9/11 di Amerika Syarikat.

Ramai yang mengutuk dan menghina Islam pada waktu itu, maka ramai yang hendak kenal Islam dengan lebih dekat. Setelah mereka melakukan kajian, mereka mendapati Islam ini agama yang benar. Segala tuduhan dan tohmahan yang diberikan selama ini tidak benar. Namun mereka mendapat kebenaran itu setelah mereka melakukan kajian.

Cara hidayah yang Allah ‎ﷻ berikan kepada insan ada pelbagai jenis. Ada yang datang belajar kelas agama, tetapi hidayah tidak meresapi ke dalam hati mereka. Pergi kelas bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain, tetapi dia tidak faham apa yang disampaikan. Ketahuilah yang Allah ‎ﷻlah yang memberi kita kefahaman.

Mereka yang menerima hidayah itu adalah orang yang hatinya ada kecondongan kepada kebenaran. Dalam hati mereka inginkan kebenaran. Walaupun mereka itu orang kafir.

———— kembali kepada tafsir ayat daripada Surah Al-Fatihah—————–

الْعَالَمِينَ

Bagi sekalian alam

Bukanlah bermaksud alam ini. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah manusia dan jin. Ini kerana kalau dimaksudkan seluruh alam ini, seperti planet, bulan, matahari dan sebagainya, perkataan lain yang digunakan. Dari satu segi, memang perkataan aalamin ini termasuk dengan sekalian alam.

Akan tetapi makhluk seperti itu tidak diambil kira sama ada mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan neraka. Oleh itu yang hanya dikira adalah manusia bermula daripada Nabi Adam عليه السلام sehingga manusia yang terakhir manakala jin pula adalah bermula daripada Iblis sehinggalah keturunannya yang terakhir. Manusia dan jinlah yang akan dihisab amalan mereka dan mereka akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang mereka telah lakukan. Ini adalah kerana hanya manusia dan jin sahaja yang ada taklif (tanggungjawab) untuk mengikut syariat Allah ﷻ.

Ini dikuatkan lagi dengan ayat Qalam: 52

وَما هُوَ إِلّا ذِكرٌ لِلعٰلَمينَ
Dan Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat

Lihat kalimah علمين digunakan, tetapi ia tentu sekali merujuk kepada jin dan manusia kerana jin dan manusia sahaja yang membawa Al-Qur’an.

Dan Surah Al-Fatihah ini adalah mengenai hubungan antara makhluk-Nya yang mukallaf (yang telah diberikan dengan tanggungjawab menjaga hukum) dan Allah ﷻ. Ia tidak terkeluar daripada hubungan itu. Ia bukanlah tentang alam semesta – planet, bulan, matahari dan lain-lain. Ia adalah tentang hamba-Nya. Daripada satu generasi hingga ke satu generasi yang lain. Semuanya adalah hamba-Nya.

Semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama. Tidak kira dia daripada bangsa mana, keturunan mana, tua ataupun muda. Semuanya sama. Kalau kita melihat diri kita semuanya adalah sama sahaja di hadapan Allah ﷻ, maka tidak ada lagi kasta, tidak ada sikap perkauman, tidak ada lagi pemikiran nationalisme. Semuanya tentang Allah ﷻ dan tanggungjawab kita yang sama adalah hanya untuk menjadi hamba-Nya.

Dari segi bahasa, ‘alam’ bermaksud ‘tanda’. Alam ini adalah sebagai ‘tanda’ akan kewujudan Allah ﷻ. Kerana tidak mungkin alam ini terjadi dengan sendirinya, bukan? Sebagai contoh, apabila kita melihat sesuatu benda, contohnya, kerusi yang cantik, tentu kita sudah mengetahui bahawa mesti ada pembuatnya. Tidak mungkin kerusi itu terjadi dengan sendirinya?

Maka, begitulah dengan alam ini. Kalau alam yang sebegini indah, dengan segala kehebatannya, mana mungkin tidak ada yang menjadikannya? Oleh itu, kalau kita memikirkan dengan mendalam, maka kita akan pasti mencapai satu keputusan bahawa adanya Tuhan yang menjadikan alam ini.

Allah ﷻ menyebut bahawa Dia adalah Tuhan kepada ‘alam ini’. Bermakna, Allah ﷻ adalah Tuhan kepada semuanya sekali. Tidak ada separuh-separuh. Allah ﷻlah Tuhan kepada orang Islam, orang Yahudi, Buddha, atheist dan semua sekali. Walaupun mereka tidak menerima Allah ﷻ sebagai Tuhan, tetapi Allah ﷻ tetap Tuhan mereka. Tidaklah benar ada agama yang mengatakan tuhan mereka untuk mereka sahaja. Kalau satu entiti itu adalah tuhan, tentu dia adalah tuhan kepada semuanya sekali.

Dalam perkataan rabbil aalamiin, Allah ﷻ membezakan antara ‘rabb’ dan ‘alam’. Ini bermakna, ada perbezaan antara Tuhan dan alam ini. Ini menolak pendapat yang mengatakan alam ini adalah Tuhan. Begitu juga menolak pendapat yang mengatakan bahawa makhluk boleh bergabung dengan Tuhan.

Antara yang berkata begitu adalah fahaman sufi yang mengandaikan pernyatuan makhluk dengan Tuhan – mereka menamakan pemahaman sesat ini dengan panggilan: wahdatul wujud. Itulah fahaman sesat yang diajar di dalam pengajaran tasawuf. Semoga kita terselamat daripada fahaman sebegini.

Sila klik untuk terjemahan Bahasa Inggeris.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya:

Kemaskini: 10 Oktober 2018


Rujukan: 

Nouman Ali Khan

Jamal Zarabozo

Thursday, March 12, 2026

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup

 


Monday, 24 December 2012

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup


PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."
 
                                                                                                (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
􀂃 Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
􀂃 Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan         Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan                   Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                                                                          (Ali 'Imran: 110)

Wednesday, February 25, 2026

“Pertanda orang yang munafiq ada tiga,

 


Khamis, 2 Januari 2025

“Pertanda orang yang munafiq ada tiga,

 Rasulullah SAW pernah bersabda bahwa:

اية المنافق ثلاث : اذا حدث كذب واذا وعد أخلف واذا ؤتمن خان

Pertanda orang yang munafiq ada tiga: apabila berbicara bohong, apabila berjanji mengingkari janjinya dan apabila dipercaya berbuat khianat (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.).

Dari hadits di atas, terlihat jelas jika seorang pembohong biasanya tidak jauh- jauh dari sifat gemar mengingkari janji dan khianat. Sifat- sifat tersebut merupakan sifat orang munafiq yang sebaiknya dijauhi karena bisa merugikan diri sendiri dan orang lain. sifat munafiq yang tidak lekas dibuang dapat berdampak pada kehidupan sehari- hari hingga dikucilkan.

Sunday, February 22, 2026

Fahamilah kami Al Quran,Kitab Allah

 

Thursday, 8 January 2026

Fahamilah kami Al Quran,Kitab Allah

 

 



Update 9/1/26 Bersamaan 19 Rejab 1447, Bangi

Sunday, 8 December 2024

Fahamilah kami Al Quran,Kitab Allah

 Ya Rabb....Fahamilah kami Al Quran Kitab Allah...Letakkan Quran di depan dan di ikuti dan jangan letakkan Quran di belakang tanpa di ikuti  kerana Quran itu  ialah mukjizat boleh merubahkan manusia yang memahami Al Quran dan ikuti ajaran Al Quran.  Marilah kita bersama Al Quran untuk kita ke Syurga Allah"

Kadang2 kita nampak orang itu bahagia tetapi tak bahagia.  Kadang2 kita melihat orang itu tak bahagia tetapi dia bahagia ;

Kata Rasulullah SAW 

Jadi yang Allah tengok amalannya tu, kadang2 rumahnya kecil, Allah pandang dia walaupon dia miskin.,tapi orang kaya rumahnya besar tapi Allah tak pandang dia ,maka kebanyakan orang kadang2 jadi hamba orang, hamba nafsu, amalan akan sia2 di sisi Allah.  Walau rumah kecil. Quran kata " Yaa aiyuhalazi ku an fusikum wa ahli naaraa."  Waku yuhan na wal hijarrah."

Wahai orang beriman  jagalah diri kamu ,anak2 kamu daripada api neraka, Allah tak kata,Allah tak kata jagalah diri kamu anak kamu dari kemiskinan...Allah tak kata jagalah diri kamu dan keluarga kamu dpd penyakit,tapi Allah kata jagalah diri kamu dan anak2 kamu daripada api neraka, tak ada satu yang Allah kata jagalah diri kamu dan ahli2 kamu dari kemiskinan...kenapa Allah tak kata begitu?...sebab miskin bukan lah berdosa,, miskin bukan masaalah kalau miskin tak ada masaalah tapi kalau kaya ,dia tak solat dia berdosa jadi Allah kata kpd kita jagalah daripada musibah yang paling besar, apa musibah yang paling besar tersebut?  bukan miskin tapi api neraka itu...Ramai orang takut miskin tapi tak takut api neraka. sebab itulah ramai orag yang banyak duit kejar dunia" akhirnya dia lupa Allah dia tak jaga dia dia akhirnya dia masuk neraka, jadi yang paling penting apa yang Allah pesan jagalah diri kita dan ahli kita dpd neraka Allah. 

 Orang sibuk nak jaga kesihatan sampai tak solat, akhirnya dia dapat sihat ,tapi dia masuk neraka.Orang sibuk nak kaya tapi tak solat akhirnya dapat kaya tapi masuk  neraka.  Jadi "jagalah dirimu dan ahli mu daripada nerakaka, tak apa miskin pon sekejap aja, tapi masuk syurga...Jika kita kejar kaya , kaya sekejap ja , masuk neraka ,kekal selama2nya.

Sebab itu ada kisah dalam surah Al Kahfi kisah  Musa dgn Khidir , Khidir bunuh budak kan,  Kenapa dia bunuh budak, budak tu tak berdosapon sampai Nabi Musa sebut" Kenapa kamu bunuh budak yang tak berdosa, tanpa sebab, sebenarnya Khidir bunuh itu atas arahan Allah..Jadi persoalan nya kenapa Allah suruh Khidir bunuh budak itu?...Sebab Allah nak selamatkan budak itu daripada musibah besar, ...apa dia?...api neraka...mungkin mak bapak dia sedih sekejap, tapi bila  di akhirat  dia tahu kenapa anaknya di bunuh ..dia akan bersyukur kepada Allah.  Kenapa dia bersyukur ,walaupon hilang anak ?  Sebab...anaknya di selamat dari neraka dia akan jumpa anaknya dalam syurga. 

 Jadi sabar sekejap saja...kalau kita sabar tak rugipon...dapat pahala jihad tanpa pergi  berjihad.Jadi Allah  sayang kepada kepada kita, Allah bukan bagi duit tapi Allah bagi pahala sabar.  Ramai orang duit banyak tapi pahala tak banyak.   Bila mati, dia mintak balik ke dunia nak cari duit ke nak cari pahala?   Allah bagi anak sakit dan Allah bagi pahala "Sabar"

Dalam satu hadith Nabi SAW, yang membawa maksud:   Nabi kata, "Bila Allah sayang pada seseorang , Allah uji.  Apa makna uji?...Allah bagi susah.  Tengok ya, Bila Allah sayang , Allah bagi susah.  Bukan Allah sayang , Allah bagi duit.  bukan Allah sayang Allah bagi sihat,  tak!  Allah bagi susah itu,  sebenarnya Allah nak bagi benda yang sangat mahal itu iaitu;  Faizza Rajja....Kalau dia redho dgn susah tu dengan penyakit tu' DIA DAPAT REDHO ALLAH'  Mana kita nak?  kita sihat Allah tak redho dgn kita sakit tapi Allah tak redho. Mana kita nak?...Orang beriman dia fikir Allah bukan fikir dia nak... tidak!!!! dia fikir apa yang Allah suka.

Allah nak ...bila aku sakit aku redho dan bila aku sabar Allah bagi ganjaran.   Jika kita sakit dan kita redho, kita dapat redho Allah.   Jadi ini adalah satu tanda Allah sayang pada keluarga yang sakit itu, dan Allah datangkan sakit kpd kita, tandanya Allah sayang.  Kalau Allah  sayang pada seseorang Allah bagi tahu pada malaikat,  "Wahai malaikat Kau sayanglah  pada Si Fulan.  Maka malaikat bagi tahu pada malaikat semua agar sayang pada Si Fulan Si Fulan.  Dengan itu  malaikat akan mendoakan terhadap Si Fulan tersebut.

“Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?” [riwayat Ahmad].

 


Sunday, 15 February 2026

Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda: هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

 

Khamis, 29 Januari 2026

 Bahkan Nabi SAW juga pernah bersabda:

هَلَّا إِذَا رَأَيْتَ مَا يُعْجِبُكَ بَرَّكْتَ

Maksudnya: “Alangkah baiknya jika kamu melihat apa yang kamu kagum, kamu doakan keberkatan buatnya?”

[riwayat Ahmad].

  Isnin, 26 Ogos 2024 Bersedekah lah pada bila2 masa,